JERANTUT, PAHANG-
Universiti Putra Malaysia sekali lagi mengambil inisiatif mendapatkan rumah
melayu lama dan ‘dipindahkan’ ke Muzium Warisan Melayu , UPM.
Rumah
ini merupakan milik asal Penghulu Mukim Kelola, Haji Ismail bin Khatib Bakar, Penghulu Mukim Kelola pada awal abad ke-20. Reka bentuk rumah ini merupakan reka bentuk tipikal Rumah Serambi Pahang, dengan bumbung tinggi seakan-akan reka bentuk bumbung rumah tradisional Melayu Melaka, dan ruang rumah ibu yang diapit serambi hadapan dan belakang. Bagi penduduk sekitar, rumah ini lebih dikenali sebagai rumah besar kerana saiznya yang besar dengan sebuah unit balai yang bersambung dengan serambi hadapan, sesuai dengan taraf pemiliknya seorang penghulu di mukim tersebut.
Bagi
Pengarah Muzium Warisan Melayu, Dr. Muhammad Pauzi Abd Latif rumah ini
disifatkan sebagai sebuah rumah lama yang istimewa.
“Rumah ini cukup istimewa, selama saya
terlibat dengan pencarian rumah lama, inilah satu-satunya rumah yang mempunyai
balai dan struktur kayunya masih utuh walaupun sudah berusia 90 tahun”.
Tambahnya
lagi, “Terdapat juga perahu jalur yang berukuran 30 kaki panjang, yang dihasilkan daripada sebatang balak yang ditebuk”.
Pemindahan rumah
ini ke Muzium Warisan Melayu UPM merupakan initiatif dan usaha Ahli Parlimen Jerantut, Pahang, YB Haji Ahmad Nazlan
bin Idris yang ingin melihat rumah tradisional Pahang dipelihara untuk tatapan
generasi akan datang. Rumah ini juga akan dijadikan rujukan bagi
pengkaji-pengkaji seni bina rumah melayu.
Rumah ini dijangka siap dipasang pada bulan April nanti.