Pameran Seni Bina Warisan Melayu dan “International Malay Art Culture” merupakan satu usaha yang dilakukan oleh Muzium Warisan Melayu, UPM dengan kerjasama Qew Communication Sdn Bhd, Jabatan Muzium Malaysia dan Edu Park UPM dalam usaha menghidupkan dan memperkenalkan semula Warisan Melayu dari segi Seni Bina, Tarian, alat muzik dan permainan tradisional melayu.
Program ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Perdana Menteri.
Selain itu, dalam majlis yang sama turut berlangsung majlis penyerahan rumah tradisional Pahang yang berusia hampir seratus tahun oleh YB Haji Ahmad Nazlan bin Idris, Ahli Parlimen Jerantut, Pahang. Rumah tersebut akan dipelihara dan dijadikan sebagai rujukan buat pengkaji-pengkaji seni bina melayu lama.
Pameran ini telah berlangsung selama lapan hari bermula pada 20 November 2014 (majlis perasmian) sehingga 28 November 2014.
0 Komentar