Seramai 30 anak yatim daripada rumah amal Baitu Fitrah telah menginap di muzium ini selama dua hari satu malam di tiga buah rumah tradisional yang berusia hampir 200 tahun pada 20 dan 21 September 2014.
Pengarah muzium, Prof. Madya Dr. Muhammad Pauzi Abd. Latif berkata ‘Night at Museum’ bertujuan meningkatkan pengetahuan anak-anak yatim dengan suasana universiti dan merangsang keinginan mereka menjejakkan kaki ke universiti.
“Pelbagai aktiviti akan diadakan antaranya ialah sukan tradisional Melayu, pertunjukan kebudayaan, aktiviti menoreh getah berhampiran muzium, bermain gondang sembilan, meronda kampus, bengkel silat dan tarian Melayu,” katanya.
Program ini juga berjaya menarik perhatian 15 orang sukarelawan yang terdiri daripada Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Universiti Putra Malaysia untuk sama-sama membantu dalam menjayakan program ini.
Menurut Muhamad Syafiq Ramli, Yang Dipertua Majlis Perwakilan pelajar UPM, “ saya melihat program ini sebagai satu platform untuk mengasah kemahiran insaniah pelajar yang terdiri daripada mahasiswa dan anak-anak yang merupakan peserta program ini”.
“pengisian program yang berbeza dan menitikberatkan pemahaman serta penghayatan peserta tentang kebudayaan melayu, kesenian melayu dan banyak lagi perlu dirasai sendiri oleh peserta dan pastinya mereka akan merasai keseronokkan program ini”.
Muzium Warisan Melayu menempatkan koleksi senjata Melayu dan Nusantara, kelengkapan isi rumah pra kemerdekaan, khazanah manuskrip lama, koleksi busana dan tesktil serta merupakan satu-satunya muzium yang menempatkan manuskrip Taming Sari.
Di perkarangan muzium, didirikan tiga buah rumah lama tradisional Melayu lebih seratus tahun iaitu Rumah Dato’Raja Diwangsa dari Negeri Sembilan, Rumah Kutai dari Perak dan Rumah Bujang Selasar beratap singgora dari Terengganu.
Peserta menerima taklimat yang disampaikan oleh urusetia
Dr. Pauzi, Pengarah Muzium Warisan Melayu menunjukkan demo mendirikan keris kepada peserta
Pertunukkan silat daripada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Universiti Putra Malaysia
Pertunjukan dan latihan tarian Asas Zapin daripada Pusat Kebudayaan Universiti Putra Malaysia
Peserta mempelajari kaedah bermain alat musik gondang sembilan daripada pelajar UPM
Bacaan yassin dan solat berjemaah
Salah satu penaja program memberikan sumbangan berbentuk minyak wangi buat peserta
Aktiviti menoreh getah pada hari kedua program dijalankan, semua peserta berpeluang mempelajari dan mencuba
Aktiviti ke dusun contoh, peserta berpeluang mempelajari teknik-teknik menanam pokok dan berpeluang merasa buah-buahan yang terdapat disini.
Penaja utama program "Night at Museum" siri I, Dato' Ida Suraya Mustapha hadir merasmikan majlis penutupan program ini
Tahniah diucapkan kepada semua peserta "Night at Museum" siri I kerana berjaya menyertai program ini dengan jayanya.
Pertunukkan silat daripada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Universiti Putra Malaysia
Pertunjukan dan latihan tarian Asas Zapin daripada Pusat Kebudayaan Universiti Putra Malaysia
Peserta mempelajari kaedah bermain alat musik gondang sembilan daripada pelajar UPM
Bacaan yassin dan solat berjemaah
Malam kebudayaan, pelbagai persembahan dilakukan oleh peserta yang mencuit hati