MUZIUM WARISAN MELAYU MENJADI LOKASI PILIHAN PENGGAMBARAN




Muzium Warisan Melayu, UPM bukan sahaja berperanan sebagai muzium akademik yang menjadi rujukan para pengkaji dan pelajar, namun ia juga berperanan sebagai lokasi penggambaran Media electronik dan media cetak.

Bersempena dengan sambutan Aidiladha yang bakal tiba, program Nona TV3 yang merupakan program pilihan ramai yang di hos kan oleh dua pengacara jelita Noor Neelofa dan Farah Fauzana menjadikan Muzium Warisan Melayu sebagai lokasi penggambaran mereka.

Rakaman ini bakal disiarkan pada 5 hb Oktober 2014 (Ahad) pukul 2.00pm di TV3.







 Farah Fauzana sedang mempelajari teknik mendirikan  keris daripada Dr. Pauzi Abd Latif, Pengarah Muzium Warisan Melayu





Selain itu, Harian Metro juga telah menjalankan rakaman sempena Aidiladha bersama dua orang selebriti popular, Emma Maembong dan Adira.








Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjadikan Muzium Warisan Melayu, UPM sebagai salah satu lokasi pilihan untuk menjalankan penggambaran.

PROGRAM "NIGHT AT MUSEUM" SIRI II BERSAMA PELAJAR SMK DATO' SHAHARDIN



Selepas berjaya menganjurkan program "Night at Museum" siri I, Muzium Warisan Melayu sekali lagi mengambil inisiatif menganjurkan program ini bersama 30 orang pelajar SMK Dato' Shahardin, Labu Negeri Sembilan.

Pelbagai aktiviti serta pengisian menarik diselitkan dalam penganjuran kali ini yang tidak ada pada penganjuran sebelum ini seperti aktiviti "Night Walk" yang menguji keberanian peserta. Selain itu, slot terbaru iaitu " Bestnya jadi mahasiswa" sesi perkongsian pengalaman bekas pelajar cemerlang UPM 2013 dan beberapa orang Mantan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPM berjaya mencuri minat peserta program ini.

Barisan Fasilitator yang terdiri daripada Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), pelajar Sarjana Muda dan pelajar Sarjana yang mempunyai pelbagai pengalaman yang dapat menjayakan lagi program ini.






Peserta khusyuk mendengar perkongsian pengalaman bersama dengan Penerima Anugerah emas Canselor 2013, saudara Syawal 





Malam kebudayaan dihiasi dengan persembahan tarian, nyanyian, puisi berirama dan lakonan dari para peserta.





 "Night Walk" yang sungguh mencabar. Peserta diletakkan di empat zon berbeza dalam keadaan mata ditutup.



Demo menoreh getah oleh Staf Muzium En. Fariz, Kesemua peserta berpeluang menereh getah.


Tour Campus. Peserta berpeluang meronda di sekitar kampus.



Bersama dengan Cikgu Muhamad Kamal Osman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK. Dato Shahardin, Labu


Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah Dato' Shahardin Labu Negeri Sembilan kerana berjaya mengambil bahagian dalam program ini. Semoga Berjumpa lagi di masa akan datang.