Muzium Warisan Melayu anjur "Night at Museum"


Seramai 30 anak yatim daripada rumah amal Baitu Fitrah telah menginap di muzium ini selama dua hari satu malam di tiga buah rumah tradisional yang berusia hampir 200 tahun pada 20 dan 21 September 2014.

Pengarah muzium, Prof. Madya Dr. Muhammad Pauzi Abd. Latif berkata ‘Night at Museum’ bertujuan meningkatkan pengetahuan anak-anak yatim dengan suasana universiti dan merangsang keinginan mereka menjejakkan kaki ke universiti.

“Pelbagai aktiviti akan diadakan antaranya ialah sukan tradisional Melayu, pertunjukan kebudayaan, aktiviti menoreh getah berhampiran muzium, bermain gondang sembilan, meronda kampus, bengkel silat dan tarian Melayu,” katanya.

Program ini juga berjaya menarik perhatian 15 orang sukarelawan yang terdiri daripada Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Universiti Putra Malaysia untuk sama-sama membantu dalam menjayakan program ini.

Menurut  Muhamad Syafiq Ramli, Yang Dipertua Majlis Perwakilan pelajar UPM, “ saya melihat program ini sebagai satu platform untuk mengasah kemahiran insaniah pelajar yang terdiri daripada mahasiswa dan anak-anak yang merupakan peserta program ini”.


“pengisian program yang berbeza dan menitikberatkan pemahaman serta penghayatan peserta tentang kebudayaan melayu, kesenian melayu dan banyak lagi perlu dirasai sendiri oleh peserta dan pastinya mereka akan merasai keseronokkan program ini”.


Muzium Warisan Melayu menempatkan koleksi senjata Melayu dan Nusantara, kelengkapan isi rumah pra kemerdekaan, khazanah manuskrip lama, koleksi busana dan tesktil serta merupakan satu-satunya muzium yang menempatkan manuskrip Taming Sari.

Di perkarangan muzium, didirikan tiga buah rumah lama tradisional Melayu lebih seratus tahun iaitu Rumah Dato’Raja Diwangsa dari Negeri Sembilan, Rumah Kutai dari Perak dan Rumah Bujang Selasar beratap singgora dari Terengganu.


Peserta menerima taklimat yang disampaikan oleh urusetia 

Dr. Pauzi, Pengarah Muzium Warisan Melayu menunjukkan demo mendirikan keris kepada peserta




  Pertunukkan silat daripada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Universiti Putra Malaysia




Pertunjukan dan latihan tarian Asas Zapin daripada Pusat Kebudayaan Universiti Putra Malaysia



 Peserta mempelajari kaedah bermain alat musik gondang sembilan daripada pelajar UPM





                                                Bacaan yassin dan solat berjemaah 






Malam kebudayaan, pelbagai persembahan dilakukan oleh peserta yang mencuit hati 


    Salah satu penaja program memberikan sumbangan berbentuk minyak wangi buat peserta




Aktiviti menoreh getah pada hari kedua program dijalankan, semua peserta berpeluang mempelajari dan mencuba




Aktiviti ke dusun contoh, peserta berpeluang mempelajari teknik-teknik menanam pokok dan   berpeluang merasa buah-buahan yang terdapat disini.





Penaja utama program "Night at Museum" siri I, Dato' Ida Suraya Mustapha hadir merasmikan     majlis penutupan program ini




Tahniah diucapkan kepada semua peserta "Night at Museum" siri I kerana berjaya menyertai program ini dengan jayanya.

MUZIUM WARISAN MELAYU MENJADI LOKASI PILIHAN PENGGAMBARAN




Muzium Warisan Melayu, UPM bukan sahaja berperanan sebagai muzium akademik yang menjadi rujukan para pengkaji dan pelajar, namun ia juga berperanan sebagai lokasi penggambaran Media electronik dan media cetak.

Bersempena dengan sambutan Aidiladha yang bakal tiba, program Nona TV3 yang merupakan program pilihan ramai yang di hos kan oleh dua pengacara jelita Noor Neelofa dan Farah Fauzana menjadikan Muzium Warisan Melayu sebagai lokasi penggambaran mereka.

Rakaman ini bakal disiarkan pada 5 hb Oktober 2014 (Ahad) pukul 2.00pm di TV3.







 Farah Fauzana sedang mempelajari teknik mendirikan  keris daripada Dr. Pauzi Abd Latif, Pengarah Muzium Warisan Melayu





Selain itu, Harian Metro juga telah menjalankan rakaman sempena Aidiladha bersama dua orang selebriti popular, Emma Maembong dan Adira.








Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjadikan Muzium Warisan Melayu, UPM sebagai salah satu lokasi pilihan untuk menjalankan penggambaran.

PROGRAM "NIGHT AT MUSEUM" SIRI II BERSAMA PELAJAR SMK DATO' SHAHARDIN



Selepas berjaya menganjurkan program "Night at Museum" siri I, Muzium Warisan Melayu sekali lagi mengambil inisiatif menganjurkan program ini bersama 30 orang pelajar SMK Dato' Shahardin, Labu Negeri Sembilan.

Pelbagai aktiviti serta pengisian menarik diselitkan dalam penganjuran kali ini yang tidak ada pada penganjuran sebelum ini seperti aktiviti "Night Walk" yang menguji keberanian peserta. Selain itu, slot terbaru iaitu " Bestnya jadi mahasiswa" sesi perkongsian pengalaman bekas pelajar cemerlang UPM 2013 dan beberapa orang Mantan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPM berjaya mencuri minat peserta program ini.

Barisan Fasilitator yang terdiri daripada Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), pelajar Sarjana Muda dan pelajar Sarjana yang mempunyai pelbagai pengalaman yang dapat menjayakan lagi program ini.






Peserta khusyuk mendengar perkongsian pengalaman bersama dengan Penerima Anugerah emas Canselor 2013, saudara Syawal 





Malam kebudayaan dihiasi dengan persembahan tarian, nyanyian, puisi berirama dan lakonan dari para peserta.





 "Night Walk" yang sungguh mencabar. Peserta diletakkan di empat zon berbeza dalam keadaan mata ditutup.



Demo menoreh getah oleh Staf Muzium En. Fariz, Kesemua peserta berpeluang menereh getah.


Tour Campus. Peserta berpeluang meronda di sekitar kampus.



Bersama dengan Cikgu Muhamad Kamal Osman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK. Dato Shahardin, Labu


Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah Dato' Shahardin Labu Negeri Sembilan kerana berjaya mengambil bahagian dalam program ini. Semoga Berjumpa lagi di masa akan datang.